THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hi

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau masalah bolehlah dikemukakan ke alamat email di bawah.

smksbsprs08@yahoo.com

Thursday, November 6, 2008

PRS:Malam 1001 Kenangan

Pada 23 Otober 2008 yang lalu,

Pihak UBDK dan PRS SMKSBS telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri khas untuk menjamu warga pendidik dan juga staf sekolah.






Persediaan sebelum jamuan bermula.






Para guru mengambil hidangan.


Para guru menjamu selera.




Jamuan tersebut telah berlangsung di Dataran Bestari bermula jam 2ptg dan berakhir pada jam 4.30ptg.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli PRS yang membantu dlm menjayakan jamuan tersebut serta semua warga sekolah yg sudi hadir ke jamuan tersebut.






Pada sebelah malamnya pula,
sebuah majlis perpisahan khas buat senior-senior PRS tingkatan 5 pula telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.



Bertemakan Bangsawan : Malam 1001 Kenangan, majlis tersebut pastinya telah memberi makna kepada semua senior yg diraikan, meskipun diadakan dengan penuh kesederhanaan.



Majlis bermula pada jam 8.30 malam. Semua PRS tingkatan 5 diarak masuk ke perkarangan Dataran Bestari diiringi dengan bunyi gong dan muzik gamelan, bersesuaian dengan tema.

Suasana dataran pula sengaja dibiarkan gelap dan suram,hanya diterangi oleh cahaya lilin yg samar-samar.




Tarian Dikir Puteri yang dipersembahkan oleh PRS tingkatan 2 telah membuka tirai majlis pada malam itu.



Selepas bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil ahli jawatankuasa majlis, Naib Presiden PRS dan juga Presiden PRS.


Kemudian majlis berlangsung dengan sesi menjamu selera, persembahan, penyampaian hadiah dan anugerah, serta penyampaian cenderamata khas buat PRS tingkatan 5.


Sebelum menutup tirai majlis, Presiden PRS SMKSBS bagi sesi 07/08, Mohamad Shafiq bin Kamaruddin telah memberikan pesanan yang cukup mendalam buat semua ahli PRS yang bakal ditinggalkan dalam sesi Wasiat Terakhir.




Sesi mengambil gambar turut diadakan sebelum majlis berakhir pada jam 11.00 mlm.


Kerjasama erat yg terjalin antara ahli jawatankuasa majlis,
bersulam pula dengan usaha yg gigih dalam menjayakan majlis tersebut,
telah memberikan kepuasan apabila senyuman terukir di bibir setiap mereka yg hadir.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg telah sama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan
Malam 1001 Kenangan ini.




p/s: maaf, kamera rosak,, so gambar tak berapa elok..

Monday, October 20, 2008

10 Oktober 2008

3.00 - 5.00 petang
Galeri Wawasan, SMK SBS

Perjumpaan ini adalah perjumpaan mingguan terakhir pada tahun 2008. Antara aktiviti yang diadakan pada perjumpaan kali ini ialah Cinta Pada Tuhan, Poco-poco, Sayangi Ibu Bapa, Persahabatan dan Terima Kasih Sahabat.


Shafiq selaku pengerusi kelab turut meninggalkan sedikit amanat kepada junior-junior PRS pada perjumpaan kali ini.

*due to low internet connection, more pics will be upload later. sorry

Thursday, October 9, 2008

PRS Raya 2008

PRS akan mengadakan aktiviti tahunan kelab iaitu PRS Raya pada bulan ini. Semua ahli kelab diminta membayar RM 5 kepada Izza Ilyani dari 4 Beringin secepat mungkin.
Khamis
23 Oktober 2008
Sesi 1 [2.30 pm - 4.30 pm]
Jamuan untuk guru² SMKSBS
Sesi 2 [8.00 pm - 11.00 pm]
Jamuan & aktiviti dalam kalangan ahli PRS

Sunday, September 21, 2008

smksbsprs08@yahoo.com

smksbsprs08@yahoo.com

alamat e-mail terbaru PRS SMKSBS.

sebarang pertanyaan, cadangan atau komen,

dialu-alukan utk hadir ke alamat tersebut.

terima kasih. =)

Friday, August 8, 2008

Explorace

Pada perjumpaan PRS pada kali ini, aktiviti yang dijalankan ialah explorace.
Explorace yang dijalankan adalah berkisar tentang PRS itu sendiri. PRS pada hari ini diuji tentang sejauh mana pengetahuan mereka tentang tanggunggjawab PRS itu sendiri.
(malangnya,, kehadiran pd p'jumpaan kali ini amat menyedihkan..)


Kumpulan pertama yang berjaya menghabiskan explorace ini adalah kumpulan Najal..


Kumpulan kedua pula ialah Qalbi...



Kumpulan ketiga pula ialah Hamka...


Kumpulan keempat pula ialah Langkah Suka...


huu,, pic ilang.. xtaw kt ne...


&&


kumpulan terakhir ialah Tutor...

Antara gelagat PRS semasa mempersembahkan energizer di check point (pentas)...

suara xclear sgt..maaf ye







pic di checkpoint lain tak ada.. sbb kamera ada 1 je..

tu je aktiviti pada perjumpaan kali ini....

Friday, July 25, 2008

Game²

Perjumpaan pada hari ini bermula pada pukul 3.00 hingga 4.25 petang..

Aktiviti pada kali ini menguji kepantasan minda PRS mengatur strategi && bertindak serta kecekalan mental PRS.

Aktiviti pertama adalah permainan anak ayam.. Permainan ini adalah adaptasi daripada permainan musang & ayam.. Bezanya,, tiada musang dalam permainan ini.. Yang ada hanyalah dua ibu ayam yang melindungi anak² ayam nyew daripada ditangkap ibu ayam kumpulan yang lain sambil turut cuba menangkap anak² ayam kumpulan lawan..









Selepas itu,, setiap kumpulan diminta beratur dalam 1 barisan && melompat spt katak ke seberang (dari hujumg tarmac smpi hujumg tarmac yg dpan lif).. Setelah semua ahli sampai,, PRS diminta menghabiskan 1 pinggan biskut kering,, sedikit belacan && beberapa hirisan bawang.. uweekk..


Kemudian,, PRS diberi rehat sebentar (ramai yg pergi tandas..muntah kott).. Aktiviti kemudian disambung dengan Thanx Sahabat....

Monday, July 7, 2008

Kursus Peningkatan PRS 2008


Kem Nur Sungai Merab, Kajang.


11 - 13 Jun 2008





Kursus peningkatan pada tahun ini disertai oleh 3 buah sekolah ; SMK Seri Bintang Selatan,, SMK Seri Bintang Utara dan SMK Perempuan Pudu. Kursus ini turut diikuti oleh PRS Asrama Kompleks Seri Bintang.




Berikut adalah beberapa gambar semasa kursus berjalan.



















Saturday, May 3, 2008

Perjumpaan Mingguan Ketiga


Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan permainan "Didie Kata...".


Fatin Nur Ain a.k.a Didie akan memberi PRS arahan untuk melakukan sesuatu seperti mengangkat kaki kiri, tetapi PRS hanya perlu mematuhi arahan tersebut sekiranya Didie menyebut "Didie kata angkat kaki kiri." PRS yang tidak dapat mengikut arahan dikira kalah.



Aktiviti seterusnya adalah permainan "Hot Chairs". Dua kumpulan akan mewakilkan seorang ahlinya secara bergilir untuk berlawan. kumpulan yang menang akan beranjak ke depan manakala kumpulan yang kalah akan mewakilkan ahli kumpulannya yang lain. permainan tamat apabila salah satu kumpulan berjaya sampai ke rumah pihak lawan.



Langkah Suka turut melancarkan 1 aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun iaitu "Romeo & Juliet". Setiap PRS akan mendapat seorang Juliet untuk diberi surat setiap kali perjumpaan dan mereka tahu mengenai Juliet tersebut. Dalam masa yang sama, PRS akan menerima surat daripada Romeo yang tidak diketahui identitinya.



Aktiviti lain yang turut dilancarkan pada perjumpaan minggu ini adalah "Program Salam Ukhwah". Program ini mewajibkan setiap kumpulan untuk menyediakan folio kumpulan dan persembahan kumpulan yang akan dipersembahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Wednesday, April 16, 2008

PERHATIAN





PRS akan mengadakan jualan sempena
HARI GURU 2008
peringkat sekolah



Berikut adalah senarai barang jualan:


Muffin → RM 1.50
Kad Ucapan → RM 1.50
Penanda Buku → RM 1.00
Button → RM 2.00
Bunga → RM 1.00



Ahli PRS akan bergerak dari satu kelas ke satu kelas untuk mempromosikan jualan ini dan mengedarkan borang tempahan.
PRS juga menyediakan perkhidmatan delivery.



segala pertanyaan sila rujuk Yasmin Yusoff dari kelas 5 Damar

Saturday, March 29, 2008

Lambaian Kasih

Jumaat ; 28 Mac 2008

Majlis Persaraan
Pn. Hjh Mishah binti Husin AMN

PENGETUA CEMERLANG JUSA C




PRS mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu selama ini. PRS juga menghargai segala kerjasama cikgu dalam menjayakan apa - apa aktiviti yang berkaitan dengan PRS. Semoga cikgu sihat - sihat selalu dan berbahagia selepas ini. Semoga berjaya dalam apa jua yang cikgu lakukan selepas ini.

Terima Kasih, Cikgu!

Saturday, March 22, 2008

Perjumpaan Mingguan Kedua

Jumaat ; 21 Mac 2008

Aktiviti pada minggu ini dikendalikan oleh kumpulan QALBI...

Mula²... 4 kumpulan yang lain ,, Langkah Suka, Tutor, Hamka & Najal diminta mencipta 1 sorakan kumpulan (group cheer)... Untuk aktiviti ni, setiap kumpulan dinilai oleh PRS itu sendiri..
Atas undian majoriti,
Pertama → Hamka
Kedua → Langkah Suka
Ketiga → Najal
Keempat → Tutor


Selepas itu... Setiap kumpulan diminta membuat 1 barisan lurus dan semua ketua kumpulan diminta ke hadapan... Setiap ketua kumpulan diberikan 1 kertas yang tertulis 1 ayat panjang dan ia perlu disampaikan kepada ahli² kumpulan yang lain tanpa melihat kertas tersebut... Ahli kumpulan yang terakhir akan menulis ayat yang mereka terima di atas kertas dan dibaca di hadapan..

Berikut adalah ayat asal:



Ali, Abu dan Atan berjalan mengelilingi jambatan menggunakan kereta Nissan Latio untuk memancing duyung di Teluk Rambutan berdekatan Kelantan sebelah rumah Atan.


Berikut adalah apa yang ditulis oleh setiap kumpulan:

Tutor


Ali, Abu dan Atan mengelilingi jambatan menaiki kereta Nissan Latio untuk memancing ikan duyung berdekatan rumah Atan.


Najal


Ali, Abu dan Atan pergi mengelilingi jambatan untuk memancing duyung dengan menaiki Nissan Lation di sekitar Kelantan.


Hamka


Ali, Abu Hatan mengelilingi pantai menaiki jambatan untuk menangkap duyung berdekatan Kelantan.


Langkah Suka


Ali, Abu ,Atan mengelilingi jambatan dengan menaiki kereta Nissan Lation untuk memancing ikan duyung di Teluk Rambutan dekat Kelantan sebelah rumah Atan.



Kira² 15 minit sebelum tamat perjumpaan, Shafiq selaku pengerusi PRS menyampaikan sedikit amanat. Beliau meletakkan harapan kepada pemangkin PRS pada tahun² akan datang agar mengurus PRS sebaik mungkin... Beliau mahu semua junior belajar daripada senior...




semasa permainan Telefon Rosak
Cheer kumpulan Hamka
Cheer kumpulan Langkah Suka
semasa perbincangan cheer kumpulan

Thursday, March 6, 2008

Perjumpaan Mingguan Pertama

Khamis ; 6 Mac 2008..

Perjumpaan PRS sesi 2008 yang pertama ni tak banyak sangat aktiviti...
PRS diminta duduk dalam kumpulan masing²... Kumpulan² lama iaitu Langkah Suka, Tutor, Hamka, Najal & Qalbi dikekalkan...

Pada minggu ini, setiap kumpulan diminta mempersembahkan mana² energizer yang pernah digunakan dalam aktiviti kendalian PRS...


Hamka = epo e tai
(sape tau eja sbnr die???)
Tutor = Tepuk Banduan
Langkah Suka = Banana
Najal = Watermelon
Qalbi = Chicken Dance Sopan



* tu je yang berlaku pada perjumpaan kali ini

p/s: there are no picture included for this post... sorry..