THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hi

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau masalah bolehlah dikemukakan ke alamat email di bawah.

smksbsprs08@yahoo.com

Saturday, March 22, 2008

Perjumpaan Mingguan Kedua

Jumaat ; 21 Mac 2008

Aktiviti pada minggu ini dikendalikan oleh kumpulan QALBI...

Mula²... 4 kumpulan yang lain ,, Langkah Suka, Tutor, Hamka & Najal diminta mencipta 1 sorakan kumpulan (group cheer)... Untuk aktiviti ni, setiap kumpulan dinilai oleh PRS itu sendiri..
Atas undian majoriti,
Pertama → Hamka
Kedua → Langkah Suka
Ketiga → Najal
Keempat → Tutor


Selepas itu... Setiap kumpulan diminta membuat 1 barisan lurus dan semua ketua kumpulan diminta ke hadapan... Setiap ketua kumpulan diberikan 1 kertas yang tertulis 1 ayat panjang dan ia perlu disampaikan kepada ahli² kumpulan yang lain tanpa melihat kertas tersebut... Ahli kumpulan yang terakhir akan menulis ayat yang mereka terima di atas kertas dan dibaca di hadapan..

Berikut adalah ayat asal:



Ali, Abu dan Atan berjalan mengelilingi jambatan menggunakan kereta Nissan Latio untuk memancing duyung di Teluk Rambutan berdekatan Kelantan sebelah rumah Atan.


Berikut adalah apa yang ditulis oleh setiap kumpulan:

Tutor


Ali, Abu dan Atan mengelilingi jambatan menaiki kereta Nissan Latio untuk memancing ikan duyung berdekatan rumah Atan.


Najal


Ali, Abu dan Atan pergi mengelilingi jambatan untuk memancing duyung dengan menaiki Nissan Lation di sekitar Kelantan.


Hamka


Ali, Abu Hatan mengelilingi pantai menaiki jambatan untuk menangkap duyung berdekatan Kelantan.


Langkah Suka


Ali, Abu ,Atan mengelilingi jambatan dengan menaiki kereta Nissan Lation untuk memancing ikan duyung di Teluk Rambutan dekat Kelantan sebelah rumah Atan.



Kira² 15 minit sebelum tamat perjumpaan, Shafiq selaku pengerusi PRS menyampaikan sedikit amanat. Beliau meletakkan harapan kepada pemangkin PRS pada tahun² akan datang agar mengurus PRS sebaik mungkin... Beliau mahu semua junior belajar daripada senior...




semasa permainan Telefon Rosak
Cheer kumpulan Hamka
Cheer kumpulan Langkah Suka
semasa perbincangan cheer kumpulan