THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hi

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau masalah bolehlah dikemukakan ke alamat email di bawah.

smksbsprs08@yahoo.com

Thursday, November 6, 2008

PRS:Malam 1001 Kenangan

Pada 23 Otober 2008 yang lalu,

Pihak UBDK dan PRS SMKSBS telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri khas untuk menjamu warga pendidik dan juga staf sekolah.






Persediaan sebelum jamuan bermula.






Para guru mengambil hidangan.


Para guru menjamu selera.




Jamuan tersebut telah berlangsung di Dataran Bestari bermula jam 2ptg dan berakhir pada jam 4.30ptg.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli PRS yang membantu dlm menjayakan jamuan tersebut serta semua warga sekolah yg sudi hadir ke jamuan tersebut.






Pada sebelah malamnya pula,
sebuah majlis perpisahan khas buat senior-senior PRS tingkatan 5 pula telah berlangsung dengan penuh kemeriahan.



Bertemakan Bangsawan : Malam 1001 Kenangan, majlis tersebut pastinya telah memberi makna kepada semua senior yg diraikan, meskipun diadakan dengan penuh kesederhanaan.



Majlis bermula pada jam 8.30 malam. Semua PRS tingkatan 5 diarak masuk ke perkarangan Dataran Bestari diiringi dengan bunyi gong dan muzik gamelan, bersesuaian dengan tema.

Suasana dataran pula sengaja dibiarkan gelap dan suram,hanya diterangi oleh cahaya lilin yg samar-samar.




Tarian Dikir Puteri yang dipersembahkan oleh PRS tingkatan 2 telah membuka tirai majlis pada malam itu.



Selepas bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil ahli jawatankuasa majlis, Naib Presiden PRS dan juga Presiden PRS.


Kemudian majlis berlangsung dengan sesi menjamu selera, persembahan, penyampaian hadiah dan anugerah, serta penyampaian cenderamata khas buat PRS tingkatan 5.


Sebelum menutup tirai majlis, Presiden PRS SMKSBS bagi sesi 07/08, Mohamad Shafiq bin Kamaruddin telah memberikan pesanan yang cukup mendalam buat semua ahli PRS yang bakal ditinggalkan dalam sesi Wasiat Terakhir.




Sesi mengambil gambar turut diadakan sebelum majlis berakhir pada jam 11.00 mlm.


Kerjasama erat yg terjalin antara ahli jawatankuasa majlis,
bersulam pula dengan usaha yg gigih dalam menjayakan majlis tersebut,
telah memberikan kepuasan apabila senyuman terukir di bibir setiap mereka yg hadir.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yg telah sama-sama bertungkus lumus dalam menjayakan
Malam 1001 Kenangan ini.




p/s: maaf, kamera rosak,, so gambar tak berapa elok..