THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hi

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau masalah bolehlah dikemukakan ke alamat email di bawah.

smksbsprs08@yahoo.com

Saturday, May 3, 2008

Perjumpaan Mingguan Ketiga


Aktiviti pada minggu ini dimulakan dengan permainan "Didie Kata...".


Fatin Nur Ain a.k.a Didie akan memberi PRS arahan untuk melakukan sesuatu seperti mengangkat kaki kiri, tetapi PRS hanya perlu mematuhi arahan tersebut sekiranya Didie menyebut "Didie kata angkat kaki kiri." PRS yang tidak dapat mengikut arahan dikira kalah.



Aktiviti seterusnya adalah permainan "Hot Chairs". Dua kumpulan akan mewakilkan seorang ahlinya secara bergilir untuk berlawan. kumpulan yang menang akan beranjak ke depan manakala kumpulan yang kalah akan mewakilkan ahli kumpulannya yang lain. permainan tamat apabila salah satu kumpulan berjaya sampai ke rumah pihak lawan.



Langkah Suka turut melancarkan 1 aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun iaitu "Romeo & Juliet". Setiap PRS akan mendapat seorang Juliet untuk diberi surat setiap kali perjumpaan dan mereka tahu mengenai Juliet tersebut. Dalam masa yang sama, PRS akan menerima surat daripada Romeo yang tidak diketahui identitinya.



Aktiviti lain yang turut dilancarkan pada perjumpaan minggu ini adalah "Program Salam Ukhwah". Program ini mewajibkan setiap kumpulan untuk menyediakan folio kumpulan dan persembahan kumpulan yang akan dipersembahkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.