THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hi

Assalamualaikum & Salam Perpaduan

Hubungi Kami

Segala pertanyaan atau masalah bolehlah dikemukakan ke alamat email di bawah.

smksbsprs08@yahoo.com

Tuesday, October 27, 2009

Akhir Tahun PRS 2009

PRS akan mengadakan
aktiviti tahunan kelab iaitu Akhir Tahun PRS pada bulan ini .
Semua ahli kelab diminta
membayar RM10 kepada SitiKhadijahmdsaid dari 2 Meranti secepat mungkin.

Sabtu
31 Oktober 2009
[11.00 am - 06.30 pm]

Friday, October 2, 2009

Penilaian Menengah Rendah


PRS sbs ingin mengucapkan

selamat maju jaya

kepada semua pelajar tingkatan 3
SMK Seri Bintang Selatan .


SEMOGA BERJAYA ;)


Saturday, July 11, 2009

Perjumpaan Mingguan

Pada : 7/7/09
Kehadiran: Memuaskan .
Aktiviti:

  1. Belon air
  2. Human Pit Stop
Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan . Terdapat 5 kumpulan semuanya .

Aktivit pertama : Belon Air
  • Tugasan : ahli kumpulan diminta beratur didalam kumpulan & duduk dengan jarak yang ditetapkan . Setiap kumpulan akan diberikan 1 belon air. Tanpa memandang ke belakang, ahli kumpulan yang berada dihadapan perlu membaling belon air tersebut kepada ahli kumpulan yang dibelakang tanpa pecah . Kumpulan yang tidak pecah belonnya akan dikira sebagai pemenang .
  • Motif: Aktiviti ini menguji kepintaran, & ketangkasan ahli Prs .
Aktiviti kedua : Human Pit Stop
  • Tugasan : Setiap kumpulan telah diberikan semangkuk air, & mereka diminta menyediakan sepasang kasut bertali berlainan saiz (tali kasut mesti dibuka) dan 2 utas jam tangan . Setiap kumpulan perlu memilih 1 mesin yang terdiri daripada ahli kumpulan sendiri untuk dipakaikan barang-barang tersebut . Ketika permainan bermula, mesin itu tidak boleh mencecah tanah. Kumpulan yang pertama siap 'mesin'nya akan dikira sebagai pemenang .
  • Motif : Aktiviti ini menguji kesabaran, kepintaran dan daya kretif setiap kumpulan .

Keputusan Sketsa 2009

Syabas && Tahniah

diucapkan kepada Team Sketsa Kerjaya SMKSBS kerana telah berjaya di peringkat Zon dengan menduduki tempat ke-2 dan seterusnya layak ke peringkat negeri . Tahniah !


Namun, Team Sketsa Sbs tidak berjaya di peringkat negeri .
Mungkin, tahun ini bukan rezeki Team Sketsa Sbs untuk mara ke peringkat seterusnya. Teruskan berusaha !

Walaubagaimanapun, Syabas & Tahniah diucapkan kepada Team Sketsa Kerjaya SMKSBS !


Monday, April 20, 2009

sketsa 09!!

Team Sketsa Kerjaya SMKSBS kembali lagi!


Pertandingan Sketsa Kerjaya sempena Karnival Kaunseling dan Kerjaya peringkat zon 2009 akan diadakan pada 30/4/09...


senarai peneraju dan krew yang bakal menjayakan sketsa pada tahun ini ialah:

  1. Faez Normarsya
  2. Mohd Arham
  3. Hareez
  4. Amirah Syazwani
  5. Amirah Nabihah
  6. Addina Uzahirah
  7. Afifah Zahidah
  8. Nik Aizat
  9. Mohd Izham
  10. Norhilmie Azree
  11. Amirul Haziq

Jadi...

sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka dalam pertandingan tersebut!

Kenangan sketsa tahun-tahun lalu..





















Wednesday, March 25, 2009

PERJUMPAAN PERTAMA

Pada:24/03/09

Kehadiran: Memuaskan

Aktiviti:
1. Ice breaking
- pecahan kumpulan mengikut bilangan ahli seramai 5 orang, 8 orang, 12 orang, 15 orang dan seterusnya 18 orang.
Motif: menguji kepekaan dan kerjasama sesama ahli
2. Meluahkan pendapat berdasarkan situasi

- ahli dalam kumpulan seramai 5 org berbincang mengenai siapa yang perlu dibawa naik ke sebuah kapal angkasa apabila bumi bakal meletus; ibu mengandung, askar tercedera, penghidap HIV, Perdana Menteri atau pun seorang rakyat biasa.
Motif: berfikir secara kreatif dan mendengar arahan

Berikut adalah antara aksi para ahli PRS semasa perjumpaan tersebut:































Tuesday, January 13, 2009

ORIENTASI TING.1 2009

Pada 5 Januari yang lalu,

pihak PRS SMKSBS telah menjalankan aktiviti orientasi bersama para junior tingkatan 1
selama 50 minit,bermula jam 8.10 pg hingga 9.00 pg.

walaupun jangkamasanya agak pendek,namun kami amat terhibur semasa berkenalan dan bermesra dengan semua pelajar tingkatan 1 tersebut.

Jutaan terima kasih diucapkan kpd semua bekas Senior PRS tahun 2008 kerana sudi hadir pada hari itu dan sama-sama menjalankan program orientasi tersebut. Jasa kalian amatlah dihargai.

Antara aktiviti yang sempat dilakukan bersama-sama pelajar ting.1 adalah;

-sesi berkenalan
-chicken dance sopan
-melodi
-dan aktiviti Kenali Diri.

Diharap agar sesi orientasi yg dijalankan ini dapat sedikit sebanyak membantu semua pelajar ting.1 sesi 2009 untuk menyesuaikan diri dgn suasana di SMKSBS.